Bulan yang mulia ni, banyak aktiviti jadi tak sempatlah nak update blog selalu.
Badan naik mendadak aduhai, itulah, tak pandai nak control nafsu makan :(
Akhirnya terpaksa pesan kat colleague, minta tolong beli supplement untuk diet
sebab dah tak sempat untuk betul-betul turunkan berat badan. Niat di hati nak
pakailah baju kurung yang menarik sikit sebab ini kali pertama beraya di rumah
mertua. Katanya dapat susu tu minggu depan, jadi cuma sasarkan nak minum
selama 2 minggu berturut-turut. Harganya mahal juga, harap-harap menjadilah
program diet bulan ramadhan ni :)
No comments:
Post a Comment