Tuesday, 7 August 2012

Mood Minggu 3

Yay, supplement diet dah dapat.

Salam, hari ni baru hari pertama mula program diet walau semangat tu dah start awal.
Teringat kata-kata seorang jurulatih Pilates yang terkenal di Youtube, faktor yang perlu
diambilkira untuk menguruskan badan,lebih-kurang 80% diet, 10% genetik dan 10% senaman.
Jadi workout yang akan Panda buat hari ni bermula dengan strength-training yang menggunakan
teknik bodyweight berasaskan pilates contohnya plank pose atau pumping di dinding (untuk
otot tangan) dan squat and leg raises untuk otot kaki.
Mungkin 3-5 waktu minit siang, lama sikit di waktu  malam. Lebih banyak otot yang dapat dibina, lebih cepat pembakaran lemak kan? Mudah!

Saturday, 4 August 2012

Mood Minggu 2

Bulan yang mulia ni, banyak aktiviti jadi tak sempatlah nak update blog selalu.
Badan naik mendadak aduhai, itulah, tak pandai nak control nafsu makan :(
Akhirnya terpaksa pesan kat colleague, minta tolong beli supplement untuk diet
sebab dah tak sempat untuk betul-betul turunkan berat badan. Niat di hati nak
pakailah baju kurung yang menarik sikit sebab ini kali pertama beraya di rumah
mertua. Katanya dapat susu tu minggu depan, jadi cuma sasarkan nak minum
selama 2 minggu berturut-turut. Harganya mahal juga, harap-harap menjadilah
program diet bulan ramadhan ni :)

Tuesday, 24 July 2012

Mood Minggu 1 Puasa.

Salam ... masih dalam minggu pertama berpuasa, dan dah cuba kurangkan pemakanan, tak seperti dulu, kalau waktu berbuka je duduk hampir sejam pastu termengah-mengah nak solat Maghrib. Sahur pun ala kadar je, selang-seli makan roti gandum penuh atau oatmeal campur serbuk soya. Sedap gak, nyum nyum. Cuma waktu berbuka je makan banyak, maklumlah, mak rajin masak, jadi anak rajin makan hehehe. Panda tak mahu diet yang drastik atau mendadak, pasti ikut sekejap je, hangat-hangat tahi ayam. 
Susahnye diri ini untuk tahan nafsu makan, tapi demi keinginan untuk membeli baju raya yang cantik tahun ini, Panda akan cuba. Jom cuba sama-sama ye.
Bila ada geng, baru ada semangat! :D

Thursday, 19 July 2012

Motivasi Minggu 1

You.Are.Amazing.

As. you. are.
Stronger than you know.
More beautiful than you think.
Worthier than you believe.
More loved than you can ever imagine.
Passionate about making a difference.
Fiery when protecting those you love.
Learning. Growing. Not alone.
Warm. Giving. Generous.
Quirky. Sexy. Funny. Smart.
Flawed. Whole. Scared. Brave.
And so, so, so.much.more.
Be Strong. Be Confident. Be You.
~ Copyright: Tia Sparkles Singh, 2011~

Timbul Kesedaran

Akhirnya tersedar dari alam khayalan selepas baju-baju tak dapat dipakai dengan selesa lagi.
Bilalah nak cuba berubah hai puan punya badan?
Dari jauh kalau terlihat, memang diri ini tak sepadan usia.
Sedih dan pilu juga mengenangkan masa yang ada ini tak digunakan untuk jaga kesihatan diri sekaligus kecantikan diri.
Insya Allah, mula dari bulan Ramadhan yang mulia ini, nak cuba turunkan sedikit berat badan.
Tak ada diet-diet, cuma puasa dan jangan berlebihan ketika sahur dan waktu berbuka.
Target penurunan 3-5kg.
Ada berani nak turunkan berat badan bersama-sama?
Komentar positif dialu-alukan. Akhir kata Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.