Salam ... masih dalam minggu pertama berpuasa, dan dah cuba kurangkan pemakanan, tak seperti dulu, kalau waktu berbuka je duduk hampir sejam pastu termengah-mengah nak solat Maghrib. Sahur pun ala kadar je, selang-seli makan roti gandum penuh atau oatmeal campur serbuk soya. Sedap gak, nyum nyum. Cuma waktu berbuka je makan banyak, maklumlah, mak rajin masak, jadi anak rajin makan hehehe. Panda tak mahu diet yang drastik atau mendadak, pasti ikut sekejap je, hangat-hangat tahi ayam.
Susahnye diri ini untuk tahan nafsu makan, tapi demi keinginan untuk membeli baju raya yang cantik tahun ini, Panda akan cuba. Jom cuba sama-sama ye.
Bila ada geng, baru ada semangat! :D
No comments:
Post a Comment